Pertandingan Mencari Perkataan (Word Search)

21 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2019, kami telah mengadakan pertandingan mencari perkataan yang lebih dikenali sebagai Word Search. Aktiviti ini telah diadakan di ruang legar Pusat Internet PPR Seri Semarak dan disertai oleh 9 orang peserta. Aktiviti ini telah berlangsung selama 2 jam, bermula jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang.

Setiap peserta diberikan pensel dan sehelai kertas bercetak Word Search yang bertemakan kembali ke sekolah. 3 orang peserta yang pertama yang menghantar dengan jawapan yang betul akan diberikan hadiah. Melalui aktiviti ini, peserta dapat menambah perkataan Bahasa Inggeris mereka seterusnya dapat menguji ketajaman mata mereka mencari perkataan-perkataan yang tersembunyi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali